Tuesday 21 April 2009

Kepada Pembeli2 Ikan Keli matang

salam...
kepada semua pembaca Blog yg di Hormati...
aku nak maklumkan jika ader pembeli ikan keli secara pukal..
aku ader stok keli matang ni dalam 300 kilo,
aku nak jual dlm RM3.2 sekilo, utk pengetahuan korang..
keli ni 100% pallet jer yg dia makan~
tidak diragui kerana dibela oleh aku~
cepatlah rebut peluang keemasan nie..sementara stok masih ada~
sekian...salam kasih dari keli kpg gajah~

Wednesday 15 April 2009

"LANGKAH2 KERJA PEMASANGAN KOLAM KANVAS"

Salam Semua~
berikut adalah step2 kerja pemasangan Kanvas yg selalu aku buat biler dpt tempahan utk pasang Kanvas:

Step 1 : Pasang Kerangka utk Kanvas :
kalu guna kayu murah sikit
tp
kalu guna besi mcm dlm pic ni mahal sikit la~
Step 2 : Biler dah siap Kerangka ni nak
proses nak pasang kanvas plak~ kasi susun senang sikit!

Step 3 : Okeh! dah siap naik Kanvas, ready
for jaring Hitam...atas pulak~



Step 4 : Okeh! skang ni...kasi ikat itu
jaring hitam atas kolam kanvas~

Step 5 : Dah Siap semua...kita kasi tggu masuk air~
ni adalah persediaan utk masuk benih lagi semggu yer~

utk makluman semua..kalu berkenaan dgn harga+cara aku nie..boleh le tempah dgn aku~ korang coll aku terus..kalu nak kanvas ke..benih ke..keli matang ke...atau makanan organik & bkn organik pun ader....jgn malu2 yer...ingat keli kpg gajah~ ingat ALIM 0175245998 kalu tak dpt gak~ try satu lagi No phone : 0194227955 SEKIAN TERIMA KASIH!!




GAMBAR KERJA KELI!

Pic 1
Pic 2

Pic 3


Pic 4 (kolam Batu Belakang Umah)


Pic 5 (kolam Kanvas Belakang umah)



Pic 6 Pagar Jaring Hitam belakang Umah)


p/s : Sekian Gambor utk kali ini~


Monday 13 April 2009

KeluHan Hati Aku!!!

Salam....kali ni cuma nak berkongsi..rasa hatilah!
bkn apa...iyalh..mmg aku nie ternak ikan keli...secara kecil-kecilan kolam pun bkn ada byk mana 11 kolam je pun (tu pun campur kolam batu 4 biji)
jd..aku ni mmg ler..tukang buat kolam+supplier benih keli nyer sekali,
dan tak dinafikan adalah beberapa customer yg dah aku jalankan kolam kanvasnya, kenapa kita nak beli keli??? utk meningkatkan taraf hidup kan??? perlu ada minat kalu nak keje sendiri nie...bkn aper...ader sesetghnya takder inisiatif sendiri nak buat aper...utk ikan keli kesayangan diorg nie..mana tak nyer....benih mati..coll aku!..air busuk coll aku! nak tukar air pun coll aku!! yadoi ai~...bkn le tak nak tolong atau aper...kalu buat first time tu tak per...nak udah berulang 2 3 kali~ jiwa aku!

kalu dah tgk..ikan mati..tukar ler air nyer...masukkan kan ler..keladi bunting ke apa ke...mcm tuh...sbb aku nie bukan contract firming...secara jujurnya! kalu nak berkongsi pendapat boleh...tp bukan aku kena uruskan kesemuanya...hurmm...berdosa ke aku...kalu aku tak layan??? sbb tak termasuk dlm pakej aku...utk ulang alik...kalu ader masalah kecik pada ternakan keli....aduh! berdosa kah aku???? jawab..jawab..jawab..

Kepentingan air mengalir dalam penternakan ikan keli


Ramai orang menyangka penternakan ikan keli amat mudah, dengan hanya memberi makan pagi dan petang, dan tunggu 3 bulan akan keluar hasil. Kebanyakan daripada penternak, terutamanya yang baru menceburkan diri dalam penternakan keli kecil-kecilan seperti ternakan tangki simen, tangki poli dan kanvas kurang memberi perhatian kepada kepentingan kepada sistem air mengalir (Water Flow System).Sistem air mengalir adalah salah satu sistem yang penting dalam penternakan ikan keli. Mungkin jika dalam satu-satu tangki yang mempunyai 200-500 ekor ikan keli, kesan air tidak mengalir kepada ika keli tidak begitu ketara. Tetapi, bagi penternak yang mempunyai 1000 ekor keli dalam tangki, sistem air mengalir amatlah penting.Di sini, saya cuba senaraikan serba sedikit kebaikan sistem air mengalir;
1. Meningkatkan kandungan oksigen dalam air; Dalam tangki ternakan, sudah tentu terdapat ikan keli yang banyak. ikan ini menggunakan oksigen untuk bernafas menggunakan 2 sistem pernafasan, iaitu insang dan organ arboresen. Jika kandungan oksigen dalam air kurang, ikan keli boleh bernafas di permukaan air. Walau bagaimanapun, zooplankton, fitoplankton dan mikroorganisma dalam air juga memerlukan oksigen. Persaingan dalam mendapatkan bekalan oksigen menyebabkan ada ikan keli yang tegak terapung ke permukaan air dan mati.
2. Jaminan kebersihan air; Air yang mengalir akan membawa kotoran seperti najis ikan keluar daripada tangki ternakan. Walaupun najis ikan ini menjadi makanan atau baja kepada pertumbuhan zooplankton, ia juga adalah penyebab kadar ammonia dalam air meningkat dan membahayakan kesihatan ikan keli. Dengan sistem air mengalir dan sistem alur limpah baik, pengurusan ikan menjadi lebih mudah.
3. Mengurangkan tenaga dan masa; Tangki yang menggunakan sistem air mengalir yang ideal tidak perlu ditukar air sehingga masa tuaian. Dengan ini pengurusan lebih mudah dan kualiti air boleh dikawa dengan lebih baik bagi menjamin kesihatan ikan.

Tuesday 7 April 2009

keli oh keli!







Salam, kasih utk Bulan april, jika anda rasa keboringan..tahap yg melampau..sila jawap teka-teki ini : 1) dalam gambar itu dimana kan saya berada..huahuahuahua..

sekadar menghilangkan rasa bosan...utk pengetahuan anda...pembaca di luar sana..ini adalah hasil kerja di felcra lekir...kerja pemasangan kanvas dan jaring hitam dilakukan oleh saya dan Bro faizal, byk jgk lagi pic-pic kerja yg tak sempat di upload..maklumler.. suka membebel lagi nie...