Friday 27 March 2009

Wednesday 25 March 2009

"Ternakan Keli Organik"

TERNAKAN KELI ORGANIK
cara jimat masa,minat tenaga dan jimat kos

Gambarajah A


TEKNIK MATIKAN KOLAM (kolam simen,canves,Politank dan Fiber)

1) Masukkan Pasir 3 inci (Pasir sungai/pasir buat rumah)

2) Penuhkan Air kedalam kolam (air paip/air sungai/ air hujan)

3) Masukkan Batang Pisang (potong 12 inci sebanyak 5 buah)

4) Masukkan Kulit Nanas 4 biji ( untuk kolam 10x10 kaki)

5) Masukkan Cuka makan ( 1 botol 1/2 untuk kolam 10X10)

6) Kemudian dibiarkan selama seminggu.

7) Selepas 7 hari keluarkan semua bahan yang dimasukkan kecuali tanah.


PENYEDIAAN KOLAM(lihat gambarajah A)

1) Masukkan air 7 inci

2) Masukkan Makanan B1 mengikut kuantiti keli ( 2000 keli = 1 beg/5kg B1)

3 )Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air.

4) Masukkan pokok kangkong 1/4 dari permukaan air.

5) Biarkan Selama 3 hari.

6) Masukkan benih keli bersaiz 3 inci

7) Selepas 1 bulan tambah air kepada 12 inci (Sebab ikan sudah besar)

8) Tunggu hingga boleh jual (lebih kurang 3 bulan)

KEBAIKAN KAEDAH

1) Jimat kos,Tenaga dan masa

2) Tidak perlu salin air tetapi tambah

3) Tidak perlu mesin Oxsigen

4) Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti (RM 6.00 sekilo)

5) Menghasilkan keli yang halal

6) Air bersih dan tidak berbau

7) Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata)

8) Keuntungan yang tinggi

info hackes from: www.yatilintah.com

Friday 20 March 2009

Produk Berasaskan Keli!!

Salam Buat semua...sekadar nak berkongsi kepada penternak2 keli di Perak..Especially nyer...bkn aper...skang nie..ternak keli dah byk kelebihannya..sbb dah byk produk berasaskan ikan keli~ lihat saja di kelantan..mereka dah boleh TIN kan ikan keli..bestkaN?? oklah~..CUBE BACE CONTOH2 KERATAN YG AKU HACK DARI WEB DI INTERNET NIE :

Kelantan Bakal Tinkan Keli Seperti Sardin

TUMPAT, 29 Mac (Bernama) -- Kelantan akan menjadi pengeluar pertama ikan keli yang ditinkan seperti sardin apabila sekumpulan siswazah menghasilkan produk itu untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar, berkata sebuah kilang akan dibina di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, untuk menghasilkan produk ikan keli yang sama dengan sardin laut yang terdapat di pasaran sekarang."Saya telah cuba sardin ikan keli malam tadi dan rasanya hampir sama dengan sardin yang terdapat di pasaran sekarang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek ternakan ikan dalam sangkar di sini hari ini.Beliau juga berkata pengimport dari Perancis dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk membeli ikan tilapia dalam bentuk daging.Mengenai penternak ikan di Tumpat, beliau berkata Pemuda Umno Kelantan telah menjadikan projek ternak ikan dalam sangkar di Sungai Selehor sebagai projek angkat.Projek itu kini mempunyai 90 buah sangkar yang diusaha secara komersial oleh Alias Che Ismail dengan bantuan tiga pekerja tempatan."Baru-baru ini Jabatan Perikanan meluluskan peruntukan bagi membiayai pembinaan beberapa sangkar lagi kepada Alias di samping membina pelantar di situ," katanya.-- BERNAMA

2) Ekonomi
10 Disember, 2008 17:26 PM

Mutiara Arif Sasar UAE Pasarkan Produk Ikan KeliDUBAI, 10 Dis (Bernama) -- Mutiara Arif Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur menetapkan sasaran untuk memasarkan produk berasaskan ikan kelinya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara lain di rantau ini.Pengarah pemasaran antarabangsanya, Farid Ibrahim, berkata rantaian pasar raya di negara-negara Teluk ini unggul untuk diterokai, memandangkan ramainya penduduk dan pekerja asing."Produk ikan keli halal kami dijual pada harga berpatutan dan ini, saya rasa, akan mendapat sambutan di kalangan pekerja asing yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi di rantau ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.Mutiara Arif yang memiliki operasi pembiakan ikan keli di Alor Gajah, Melaka dan Putrajaya, mampu menghasilkan hingga 500 tan metrik ikan keli setiap dua bulan.Ia membekalkan produk seperti ikan keli dalam sos lada hitam, ikan keli masak asam pedas, serunding dan filet ikan keli, minyak ikan keli Omega-3, ikan keli sejuk beku serta ikan keli siap dimasak bersama nasi yang dibekalkan kepada tentera.Farid berkata pada masa ini produk Mutiara Arif dieksport ke China.-- BERNAMA

3) Serunding keli ke pasaran antarabangsa
Posted by RaTu KeLi Labels: Pasaran Ikan Keli
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR (dipetik dari Utusan Malaysia Online)
SEPANG 13 Julai - Serunding ikan keli bakal menembusi pasaran China dan Asia Barat menjelang September ini.
Pengurus Besar Delegasi Mutiara Sdn. Bhd., Mishar Minhat berkata, ia adalah langkah permulaan bagi Malaysia mempromosikan produk makanan tempatan ke pasaran antarabangsa.Selain itu kata beliau, sambal ikan keli dan ikan keli dalam tin juga akan turut dipasarkan ke negara-negara tersebut.
''Kami juga berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom,'' jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini hari ini.
Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).
Mishar berkata, pada masa ini pihaknya akan mensasarkan sebanyak 60 peratus penjualan produk untuk pasaran antarabangsa dan 40 peratus bagi pasaran tempatan.
''Pemasaran keli ini masih lagi berada dalam peringkat percubaan, namun kita yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
''Kami yakin produk tersebut memiliki pasaran yang cerah kerana penduduk dunia hari ini semakin menggemari ikan air tawar berbanding ikan laut,'' ujarnya.
Beliau berkata, Delegasi Mutiara akan menggunakan jenama Rawbite sebagai identiti produk-produk tersebut.
''Rawbite sudah didaftarkan sebagai sebuah jenama rasmi untuk produk syarikat kami,'' ujarnya.Dalam pada itu beliau memberitahu, syarikat juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka kilang penghasilan makanan untuk haiwan ternakan di Terengganu.
''Kilang sedang dalam proses pemasangan mesin dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,'' katanya.
Tambahnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat membantu golongan petani dan penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka.

MY COMMENT: kan bagus kalu perak jgk dpr pkirkan produk drp keli jgk~ dptlah kita sesama keuntungan nya kan???

Wednesday 18 March 2009

Kaedah Penjagaan Benih Keli~

SISTEM PENJAGAAN BENIH IKAN KELI

1. semasa benih ikan keli baru dimasukkan sukatan air mestilah diparas 4 jari sahaja atau 4 inci'.
2. Kealkalian air 7.5ph keatas ,sekiranya dibawah paras kealkalian 7.5ph maka airnya hendaklah dirawat.
3. makanan benih ikan keli bersaiz halus.

kaedah pemberian makanan

1. pada hari pertama makanan perlu diberikan sebanyak 1genggam sehari.
2. pada hari kedua sebanyak 2 genggam sehari , diwaktu (8pagi dan 5petang.)
3. pada hari ketiga sebanyak 3 genggam sehari , diwaktu (8pagi.1tghri dan 5ptg.)
4. pada hari keempat sebanyak 4 genggam sehari iaitu waktu(8pagi,10pagi,1tghri dan 5ptg)

Penjagaan benih ternakan

1. Apabila benih ikan keli telah dimasukkan kedalam kolam selama seminggu dan ikan keli kelihatan cergas dan aktif makanan hendaklan ditambah untuk keperluan pembesaran.
2. setelah usia ikan keli mencapai 3 minggu makananya perlu ditukar kepada
3. setelah itu ikan keli perlu digradkan mengikut saiz dalam usianya 4 minggu iaitu 1bulan.
4. Selain makan dedak , makanan lain seperti Mee, bihon nasi dan ikan kembung yg direbus dan dikisar boleh juga diberikan kpd ikan keli , pada usianya mencapai tahap 1bulan pertama.

Pengurusan air ternakan

1. Air hendaklah ditukar seminggu sekali atau pun keaadan air yg sudah keruh
2. pada kedalaman paras air hendaklah mengikut saiz ikan keli. Contoh :-
· minggu pertama ikan keli = sedalam 4 jari
· 3 minggu = sedalam 12 jari
· 1 bulan = sedalam 18 jari
· 2 bulan =sedalam 32 jari
· 3 bulan =sedalam 54 jari

Sebutharga..pada yg berminat~


SEBUTHARGA PROJEK PEMBINAAN 5 UNIT KOLAM KANVAS DAN PEMBEKALAN BENIH IKAN KELI KE TAPAK PROJEK:


1. MEMBEKAL & MEMBINA KANVAS BERUKURAN 6’ X 10’
DAN SALURAN PAIP 2’ RM 1,300


2. MEMASANG BINGKAI KAYU 6’ X 10’ UTK KANVAS RM 900


3. MEMBEKAL BENIH IKAN DALAM UKURAN
3 INCI PANJANG BADAN (10,000EKOR) RM 900


4. MEMBEKAL MAKANAN BAGI BULAN PERTAMA
6 BEG (BRAND: KELI KING) RM 390

5. MEMBEKAL & MEMASANG JARING HITAM DIATAS
DIATAS KOLAM KANVAS RM 310

6. PUMP AIR RM 600


7. KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN PROJEK
SELEPAS SIAP DAN UPAH TENAGA BURUH RM 600

JUMLAH HARGA UTK 5 UNIT KANVAS RM 5,000

HARGA BERASINGAN:
BENIH KELI

i) 1.5 INCI RM 0.03
ii) 2.0 INCI RM 0.08
iii) 3.0 INCI RM 0.095


KANVAS
a) 6’ X 10’ X 3’ + TANK CONE(OUTLET) RM150 (1 UNIT)
b) 10’ X 10’ X 3’ + TANK CONE(OUTLET) RM250 (1 UNIT)


MAKANAN PALLET (BRAND: KELI KING)
i) GRED 1 HALUS (HANCUR) RM 68
ii) GRED 2 SEDERHANA ( 2.5MM) RM 58
iii) GRED 3 KASAR (4MM) RM 55

Friday 13 March 2009

PENGAWALAN PENYAKIT IKAN TERNAKAN & TERNAKAN


Pengawalan Penyakit

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahansuhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan danmenyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepatpanas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkandi dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikanakan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air didalam kolam.
ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahanpencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akanmenyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkankesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammoniaseterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan jugaturut mengalami tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitufitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklahdiberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupidan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akanmenyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilahmempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingansupaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam kekolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen

1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untukmengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.

2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapatmenanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawatdisimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikantidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini bolehmenyebabkan penyakit primier.

6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawatterlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyaipatogen yang akan menjangkiti anak ikan.

7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekuranganmakanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
PENTERNAKAN

Kebanyakan penternak lebih gemar membeli benih yang bersaiz 1 hingga 4 inci kerana benih yang telah berusia lebih 1 inci senang untuk di pelihara dan di beri makan.

Terdapat beberapa jenis kolam penternakan, di antaranya kolam tanah, kolam konkrit, kolam fiberglass(polytank), dan terbaru kolam kanvas yang semakin popular. Kolam2 ini terlebih dahulu di rawat sebelum memasukan benih2 ikan supaya ikan2 tersebut tidak dijangkiti penyakit dan kulat(fungus).

Ikan2 ini perlu di kelaskan mengikut saiz dari masa ke semasa untuk mengelak daripada di makan oleh ikan2 yang lebih besar.

Penjagaan air sangat penting bagi ternakan dalam sangkar seperti fiberglass, simen dan kanvas. Air perlulah sentiasa di jaga kebersihan dan pengaliran yang baik.

Ikan2 keli ini akan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 bulan untuk mencapai tahap kematangan untuk di pasarkan. Ikan2 yang matang boleh di jual dari 5 hingga 6 ekor sekilo.

Thursday 12 March 2009

Sila-Sila...Buat Tempahan Utk Ternak Keli~

Salam Semua,



Sekali lg sya mengUpdate blog saya...Bkn apa..sejak Kebelakangan Ini..alhamdullilaah~ rezki dari ALLAH tu kian bertambah~..jika nak dibandingkan dari mula2 dulu mase menceburi arena ternak menternak ni..mmg rasa mcm nak menitik jugak airmata...



Buat penegtahuan Semua...byk jugak kolam yg aku dah pasang Di sekitar Perak Tengah, Changkat lada, Teluk intan..erm...Mana Lagi erk...Bota..Erm..Lekir, jadi nya tujuan Updating Kali ini sbb nak kasi atau kongsi ngan sesapa saja yg berada di sekitar perak yg berminat nak membina kolam kanvas keli tgk ler harga Qoutation ni, pada yg berada di luar perak pun boleh...cuma.added ngan duit minyak+Toll(kalu ada toll ler!) jer nnt~







SEBUTHARGA PROJEK PEMBINAAN KOLAM KANVAS DAN PEMBEKALAN BENIH IKAN KELI TAPAK PROJEK BERLOT NO:




SEKIAN...HUBUNGI SAYA DGN KADAR SEGERA!!!

Tuesday 10 March 2009

Info terkini Harga Dipasaran alimshah-genuine!!!!

salam..salam..salam..
kepada semua pembaca blog (yg..mengharapkan mungkin ada kot??)
ya...sedara-sedari suma...tika ini aku tgh sibuk mendapat tempahan utk memasang+meng'supplierkan benih dan makanan di kawasan changkat lada...selepas selesai nyer kerja di sekitar teluk intan~
ya..kwn2 sekalian...berikut harga yg telah di breakdown kan oleh aku~ jika nak tau harga sesatu ler!~
BENIH:-
1.5 inci = 0.03sen
2.0inci = 0.05sen
3.0inci = 0.095sen
p/s - jika aku meng'suggest'n pada korang amek le..yg 2.0inci keatas..sbb risiko utk idup dan mengenal dunia ikan keli ini adalah lebey tinggi~ (utk yg baru nak melangkah masuk sebelah kaki)

KANVAS:-
6' X 10' X 3' + tank Cone(Outlet) = RM150 (1 no)
10'X10'X3' + tank Cone(outlet) = RM250 (1 no)

MAKANAN PALLET (KELI KING)
Gred1 (Halus=Hancur) = RM68
Gred2 (sederhana 2.5mm) = RM58
Gred3 (Kasar 4mm) = RM55

Ini adalah harga yg di breakdown, tp insyallah jika ingin kolam yg siap pasang berpakej dng makanan+benih sekali harga nya pasti menarik...mcm MEGASALE 2009 yg digilai oleh kaum wanita di malaysia~

sila2 hubungi dengan segere!!!

Monday 9 March 2009

Pendapatan Sampingan!!

Assalamualaikum,
buat pembaca semua.....wah~ ader ke pembaca tetap nie..ader menda baru yg aku nak kongsikan di tapak web nie...huhhhuuh~ bace ajer tajuknye...pendapatan sampingan musti ader yg terlintas..mengenai isu2 saham piramid kan...jawapannya ialah~ SALAHHHHH!!!!!!!

Sbb kali ni aku nak berkongsi mengenai pendapatan sampingan aku..iaitu..burung puyuh..hahhah~ aku baru jer nak try2 ternak burung puyuh~ kot2 tgn nie sejuk dan menjadikan?? bkn aper...cuma aku rasa..aku perlu menambahkan lagi pendapatan hidup aku.. bukan sekadar ternak ikan keli...

tak lupa jgk...aku skang sedang sibuk menerima tempahan etc : membuat kolam + memasang kolam kanvas..menjual benih dan ikan keli, makanan ikan dan aper saja jual -beli yg berkaitan dengan ikan keli ler...jd..setelah beberapa hari aku duk pegang kepala sblm tidur
(aceh! memikir ler tuh konon nya) aku nak tambah nak try bela burung puyuh pulak...bkn bermakna aku tak ternak keli dah...still ternak..sbb itu sumber rezki utama...ini bela puyuh kira sampingan la...alah..bkn byk mana pun aku bela..cuma 50 ekor jaaa~ hahahhahahah~ kelakau2,

jd...tujuan utama aku war-war kan dlm blog nie..adalha utk berkongsi pengalaman kot2 ader memana pihak yg dah lama berpengalaman dlm arena ternakan puyuh ni sile2 ler..kongsi info dgn aku yg baru belajar nak membela nie dan tak lupa jgk...jika ader sesiapa yg berminat membantu aku utk menambahkan pendapatan dari burung puyuh nie..kot2 nak membeli burung puyuh daging or puyuh telur...boleh ler contact aku terus...sama gak..mcm no phone kat atas tu...cuma..tak byk mana aku bela, cuma 50 ekor jer...kalu support korang tolong berikan pada aku insan yg mengharapkan modal insan pada semua, insyallah aku akn tambah lagi jumlah ternakan ini...

kiranya...ternakan 50ekor ni..adalha cubaan aku dlm usaha utk meningkatkan taraf hidup aku di kampung gajah nan permai, disamping mak + abah aku!!

tak lupa....jgk...ternak keli aku tuh! sesiapa yg berminat sila nak beli keli + benih + kanvas + makanan keli sila contact aku jgk...tau~ okey selamat...menyambut maulidur rasul 2009.. diharapkan kehadiran tahun ini mampu menambahkan lg rezki aku ini..INSYALLAH~ wasalam..