Sunday 30 November 2008

InfoKeli Kerana JatuhCinta..??

JENIS-JENIS IKAN KELI
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati dan nama saintifik nya:-

1.Ikan Keli Kayu [ Clarias batracus ]
2.Ikan Keli Bunga [ Clarias macrocephalus ]
3.Ikan Keli Eksotika [ Clarias gariepinus ]
4.Ikan Keli Limbat [ Clarias nieuhofi ]

SeJarah iKan keLi :
1. IkaN KeLi KaYu , bunGa daN eKsoTika-tergolong dalam ikan air tawar

2. iKaN keLi LimBat-Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. IkanKeli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempatdi Asia Tenggara.-Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawahterbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diterokauntuk dijadikan kawasan pertanian.-Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan KeliLimbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai.Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli


CIRI-CIRI KEMATANGAN INDUK
Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut:

a. Induk Jantan
1)Badan memanjang tidak gemuk
2)'Genital Papila' kelihatan pejal
3)Tidak cacat
4)Berusia 4 bulan dan keatas
5)Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina
1)Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
2)'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
3)Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit
4)Berusia 6 bulan dan keatas
5)Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
6)Berat badan 600gm dan keatas

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KELI MENJADI LEMAH
Antara faktor adalah :
1)Kandungan oksigen terlarut yang rendah
2)Kandungan Amonia beracun yang tinggi
3)PH yang terlampau rendah (kemasaman yang tinggi)
PERKARA UMUM TENTANG KELI
Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah.
Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.
Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat.
Namun ikan keli terdapat banyak spesies. Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.
Spesies “channel catfish” yang banyak diternak di US
Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.
Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.

Info Keli from www.pergauhatchery.com

Ternakan keli~
Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.
Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.
Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.

MAKANAN TERNAKAN & CABARAN
Industri aquakultur berkait rapat dengan input utama pertanian iaitu makanan ternakan. Kos makanan ternakan melibatkan sebahagian besar kos operasi. Bahan mentah yang sesuai dan berkualiti, proses penyediaan makanan ternakan yang ekonomi dan formulasi nutrisi yang betul antara perkara yang perlu diketahui oleh peternak dalam mendapat makanan ternakan yang sesuai dan berdaya saing.
input pertanian ini memainkan peranan utama dalam menentu harga pasaran produk aquakultur amnya. Peningkatan harga bahan mentah di pasaran dunia seperti jagung dan kacang soya yang dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dunia, permintaan yang tinggi terhadap komoditi ini bagi kegunaan industri dan fenomena cuaca dunia yang tak menentu, turut dirasa oleh peternak tempatan.
Contohnya di awal november 2007 berlaku penyelarasan kenaikan (5-10%) harga pallet makanan ternakan di pasaran tempatan oleh pembekal dan pengeluar. Sekiranya struktur harga baru bagi produk aquakultur khasnya tidak dirangka serta diselaraskan dalam masa terdekat ini agak membeban dan merugikan peternak secara keseluruhannya.
Ini diburukkan lagi dengan peningkatan kadar inflasi sejak kebelakangan ini disebabkan kenaikan harga bahan api di pasaran dunia. Sekali gus berlaku pernambahan kos operasi secara keseluruhannya. Struktur harga lama (>10 tahun) masih digunapakai sebagai penanda aras dalam penentuan harga pasaran produk aquakultur agak membebankan golongan yang terlibat dalam sektor ini secara langsung atau tidak. Sumber² makanan alternatif terpaksa diguna dalam menampung kerugian ini, akibatnya isu pro dan kontra timbul dikalangan pengguna dan peternak. Ini merugikan kedua-dua belah pihak pada dasarnya.
Namun kebergantungan peternak pada sumber makanan alternatif hanya dalam jangka masa pendek sahaja dan kebanyakkan melibat ternakan berskala kecil. Secara umumnya kejayaan bidang aquakultur banyak bergantung pada sumber makanan ternakan yang konsisten dari segi bekalan, kualiti dan struktur harga untuk berdaya saing dengan bidang-bidang lain.

Info has been hackers by AlimShah from: http://www.pergauhatchery.com/

Friday 28 November 2008

Kelebihan Menternak Ikan Keli KanvaS

KELEBIHAN MENTERNAK IKAN DALAM KANVAS
1)IKAN BERPROTEIN TINGGI
2)KURANG BERBAU HANYIR
3)IKAN CEPAT MEMBESAR 3-4 BULAN
4)TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YG LUAS
5)PULANGAN YG TINGGI
6)SAKSIKAN TEKNOLOGI MENGGUNAKAN KANVAS INI MUDAH, SIMPLE DAN SENANG DISELENGGARA.



Bagi yang ingin membeli peralatan kanvas saya ada menyediakannya.





TEMPAHAN KANVAS :

10'X4'X3' 2500anak benih 15'X4'X3' 3500 anak benih Aksesori yang dibekalkan: 2 Kanvas DOUBLE LAYER Besi Tali Paip PVC ( Outlet / Overflow ) Anak Benih Pallet 5 Bag 20Kg ( Starter 1 + 4 Finisher ) Anti Klorin, Anti Parasit

TEMPAH SEKARANG DAN SAYA SEDIA KE LOKASI
**semua harga diatas tidak termasuk kos PENGHANTARAN**


ANDA BOLEH SAKSIKAN SENDIRI PROJEK SAYA INI SEPERTI DIALAMAT DIBAWAH :



KAMPUNG PULAU GAJAH, PASIR PANJANG ULU,36800 KAMPUNG GAJAH, PERAK

ATAU

HUBUNGI SAYA : ALIM - 0175245998 / 056311757





Tuesday 4 November 2008

Keli Oh Keli! Risiko Mu…MengujiKu…

Setelah nekad utk aku tinggalkan Kuala Lumpur, mungkin ader rezki yang ALLAH akan hadiahkan untuk aku..di kampong tercinta ‘KAMPUNG GAJAH, PERAK’ Sementara waktu aku seolah-olah hilang arah, Mana punca rezki ALLAH utk aku sebagai makhluknya yg lemah disaat kesunyian,

Berkad solat ibu dan dorongan serta kesabaranya membuatkan semangat ku yang kian luput..kembali terjalin antara,
deraian-deraian benang doa-NYA di setiap akhir solat..sokongan darah daging yang tak pernah putus membantuku dari segi kewangan, aku bersama keputusan mereka nekad! Aku ingin terokai dan jelajahi dunia KELI, tidak sedikit pun pengalaman yang terkumpul di jati diri aku dalam alam penternakan keli ini, namun semangatnya seolah-olah memanggil aku utk terjun ke “lubuknya”.

Buat permulaan hanya 2 konkrit dibina..betol2 dibelakang teratak ibu yang damai, mungkin itu lokasi yang senang utk aku agar tidak perlu berjauhan dengan mereka, disamping aku mampu memberikan penumpuan yang sepenuhnya pada kolam “PERCUBAAN” aku dan adik-beradik yang lain. Keperitan mula aku rasai pabila perigi yang aku gali utk punca air bagi keli tidak mau keluarkan haknya! Aduh…semangat ku tercarik sedikit, aku gagahi..walau paip yg berkaki2 ku beli untuk terokai jauh kedalam tanah masih belum mau memberikan haknya!

Selat! Alhamdullilah..ALLAH itu membantu insan lemah ini..hampir aku lupa, rumah ku berhampiran sungai perak~aku gagahi..sekali lagi aku laburkan wang dan tenaga utk mencari punca air yg sesuai utk benih keli, paip panjang direntang kebelakang teratak ibu hingga ke selat nun dibelakang sana….

Kejayaan sedikit utk 2 buah konkrit yng pertama membuat kan adik beradik lain turut berminat menjalankanya..KakYang+Man melabur utk kolam berisi 10,000 benih faizal+yati juga 10,000, namun faizal mencetuskan idea utk memudahkan keadaan dgn pembinaan kolam kanvas,

Pengalaman pertama bersama kanvas. Mencari PH air buat benih keli! Aduh..banyak yang tak mampu teruskan hidup didlm kanvas baru…jelas hampa diwajah adik2 bler tau pelaburan mereka sudah hilang separuh…aku yg paling gelisah sebagai penjaga kolam tetap dikampung, aku tabahkan hati..mencari masalahnya…mungkin suhu+PH air yang tidak sesuai..puncanya…
Adik2 yang tidak pernah putus harapan pelaburan benih keli ditambah lagi kedalam kanvas…dari 2 buah konkrit dan juga 2 buah kanvas menjadi kepada 4 konkrit dan 6 kanvas…pembahagian keli mengikut saiz dijalankan selepas 3 minggu, sekali lagi adik2 ku Mie+Syima membantu utk terjun kedalam kolam, alhamdullillah melihat anak2 keli yang membesar dan mengeletek di tapak tangan membuat hati aku sedikit terubat mengenangkan beribu-ribu benih yang mati!

Setiap adik2 ku mempunyai kolam yang tersendiri yang diusahakan bersama dan dipantau oleh aku! Jika penat jerih ini mendapat bantuan dan tunjuk ajar mana2 pihak badan kerajaan..tentu berbaloi..sesekali terlintas dibenak aku! Namun..sesekali terlintas kembali..aku akan terus berusaha utk punca rezkiku di kampong nan permai ini!

Tanggal 20 Oktober 2008!
Kesabaran aku diuji Oleh ALLAH…aku pasrah, hujan turun mencurah-curah sehingga pihak yang berkenaan terpaksa membuka empangan di sungai perak..teratak ibu dinaiki air..walaupun tidak lah sedalam mana namun kesan itu dirasai oleh BABY2 KELI yang berada didalam kanvas..air yang naik…menyebabkan kanvas terapung-apung hingga memeningkan BABY2 manja ni..sekali lagi beribu-ribu benih keli ini mati~ hampa! namun aku tetap usahakan jua…sehingga kini..keadaan semakin pulih. Melihat ikan keli yang membesar dihadapan mata. Dan hasil yang diusaha sendiri oleh tangan dan titik peluh sendiri bersama-sama keluargaKu.

KELI OH KELI! Risiko Mu MengujiKu…aku tekad terus usahakan jua..kepada pembaca-pembaca Blog ku diluar sana..jika berminat utk memulakan perniagaan seperti FAMILY aku, aku ader menyediakan Sebut harga BERPAKEJ utk sebuah kolam kanvas termasuk Benih+Makananya sekali, jika berminat utk merasai dunia keli ku ini sila hubungi saya ALIM ditalian 0175245998 /056311757 , atau datang lah melihat dan melawat sendiri ke teratak ibu ku di pulau gajah, kampong gajah, PeraK! sekian utk blog dunia keli aku kali ini…


Monday 3 November 2008

Penternakan Keli Di Kampung Gajah,Perak


Kolam ikan keli dari konkrit sedang dibina,manakala kolam kanvas telah pun siap diisi dengan benih2 ikan keli..

jika pada tarikh 03.11.2008,
sudah terdapat 6buah kolam kanvas dan 4buah kolan konkrit yg sudah berisi dengan benih ikan keli dan juga keli yang sudah boleh utk dipasarkan..



utk makluman- penternakan ikan keli ini dijalankan di pulau gajah, kampung gajah PERAK..
bagi penduduk sekitar atau pun yg berdekatan, jika berminat utk menjalankan penternakan keli kanvas atau konkrit, harga utk sebuah kolam yg lengkap berisi dengan benih sebanyak 10,000 boleh dibincangkan bersama dengan En.Alim di talian 0175245998 ataupun0194227955

saya juga, menjalankan projek penjualan dan pembelian benih keli, keli yg pra-matang bagi tujuan penjualan.
anda yakinlah kerana penternak ikan keli ini sepenuhnya diusahakan oleh orang melayu, manakala. ikan keli yang di ternak ini hanya diberi dedak sbgai makanannya.
jadi STATUS KEHALALAN-nya tidak perlu diragui oleh mana-mana pihak