Showing posts with label keliKpgGajah. Show all posts
Showing posts with label keliKpgGajah. Show all posts

Monday, 25 May 2009

New Projek At Lekir Caltex


Salam...
kedai Bro kita ni deret kedai sebelah Caltex lekir jer..
kalu korang nak beli ikan keli ke..aper ker..boleh ler pegi kat kedai dia...
sbb kedai dia bela keli nie btol2 dpn jalan beso ke KL
abg nie mmg best...senang keje aku ngan dia..mintak halal makan minum mase buat keje tu yer bang!
1. Nilah Bro Ku hashim Owner Kolam


2. kolam yang dah berisi benih + kangkung

3.dia pakai polytank ni utk air yg telah di filter!

4. Dgn hati yg berbunga2 Bro Ku hashim kita bagi
ank2 angkat barunya makan!


5.Nilah jumlah keseluruhan+kedudukan kolam
kanvasnya dlm kedai


6. sekarang mase aku bagi penerangan..pasal ank angkat
Ku Hashim yang baru


7. Dengar lagi...yg dua org lagi tu..org pertanian, sesaja dtg tgk


8. diorg dengar lagi...aku ckp aper...
bahan bukti mahkamah nie
hahahahhah~

9. okeh..ank2 skang duk elok2 ngan bapak angkat baru!



10. Kolam kanvas keli lagi~


11. Semuanya 8 biji kolam kanvas!
tahniah Abg Ku hashim

Tuesday, 21 April 2009

Kepada Pembeli2 Ikan Keli matang

salam...
kepada semua pembaca Blog yg di Hormati...
aku nak maklumkan jika ader pembeli ikan keli secara pukal..
aku ader stok keli matang ni dalam 300 kilo,
aku nak jual dlm RM3.2 sekilo, utk pengetahuan korang..
keli ni 100% pallet jer yg dia makan~
tidak diragui kerana dibela oleh aku~
cepatlah rebut peluang keemasan nie..sementara stok masih ada~
sekian...salam kasih dari keli kpg gajah~

Wednesday, 15 April 2009

"LANGKAH2 KERJA PEMASANGAN KOLAM KANVAS"

Salam Semua~
berikut adalah step2 kerja pemasangan Kanvas yg selalu aku buat biler dpt tempahan utk pasang Kanvas:

Step 1 : Pasang Kerangka utk Kanvas :
kalu guna kayu murah sikit
tp
kalu guna besi mcm dlm pic ni mahal sikit la~
Step 2 : Biler dah siap Kerangka ni nak
proses nak pasang kanvas plak~ kasi susun senang sikit!

Step 3 : Okeh! dah siap naik Kanvas, ready
for jaring Hitam...atas pulak~



Step 4 : Okeh! skang ni...kasi ikat itu
jaring hitam atas kolam kanvas~

Step 5 : Dah Siap semua...kita kasi tggu masuk air~
ni adalah persediaan utk masuk benih lagi semggu yer~

utk makluman semua..kalu berkenaan dgn harga+cara aku nie..boleh le tempah dgn aku~ korang coll aku terus..kalu nak kanvas ke..benih ke..keli matang ke...atau makanan organik & bkn organik pun ader....jgn malu2 yer...ingat keli kpg gajah~ ingat ALIM 0175245998 kalu tak dpt gak~ try satu lagi No phone : 0194227955 SEKIAN TERIMA KASIH!!




Tuesday, 10 March 2009

Info terkini Harga Dipasaran alimshah-genuine!!!!

salam..salam..salam..
kepada semua pembaca blog (yg..mengharapkan mungkin ada kot??)
ya...sedara-sedari suma...tika ini aku tgh sibuk mendapat tempahan utk memasang+meng'supplierkan benih dan makanan di kawasan changkat lada...selepas selesai nyer kerja di sekitar teluk intan~
ya..kwn2 sekalian...berikut harga yg telah di breakdown kan oleh aku~ jika nak tau harga sesatu ler!~
BENIH:-
1.5 inci = 0.03sen
2.0inci = 0.05sen
3.0inci = 0.095sen
p/s - jika aku meng'suggest'n pada korang amek le..yg 2.0inci keatas..sbb risiko utk idup dan mengenal dunia ikan keli ini adalah lebey tinggi~ (utk yg baru nak melangkah masuk sebelah kaki)

KANVAS:-
6' X 10' X 3' + tank Cone(Outlet) = RM150 (1 no)
10'X10'X3' + tank Cone(outlet) = RM250 (1 no)

MAKANAN PALLET (KELI KING)
Gred1 (Halus=Hancur) = RM68
Gred2 (sederhana 2.5mm) = RM58
Gred3 (Kasar 4mm) = RM55

Ini adalah harga yg di breakdown, tp insyallah jika ingin kolam yg siap pasang berpakej dng makanan+benih sekali harga nya pasti menarik...mcm MEGASALE 2009 yg digilai oleh kaum wanita di malaysia~

sila2 hubungi dengan segere!!!

Tuesday, 24 February 2009

Rezeki Sampingan Ternak Keli

ASSALAMUALAIKUM....

Seperti yang telah aku janjikan pada blog aku yg lepas..mengenai kerjaya aku ni....

Sekali lagi..blog ini ingin di update…utk kali ini mmg berkenaan dengan kerja seharian aku TERNAK KELI DI KAMPUNG GAJAH saban hari..aku dan faizal..(adik aku nie) makin sibuk..alhamdullilah..rezki makin bertambah..panggilan utk membuat kolam kanvas aku terima dari masyarakat setempat di sekitar kpg gajah..changkat lada dan tempat-tempat yg sewaktu dengan nya..ewaaaahhhh..mcm zon waktu semayang le pulak…
Sekali lagi aku sertakan Pic utk tatapan pengunjung blog..yang..aku sendiri tak tau..ader ke tak… sesungguhnya tanpa berselindung..kehadiran blog aku ini adalah utk menambahkan sumber pendapatan aku….jika ader sesiapa pengunjung yg berminat utk memulakan hobi atau kerjaya sebagai penternak keli secara kecil-kecilan..boleh ler…hubungi aku dgn kadar segara…kita bukan aja boleh berurus niaga malah bertukar-tukar pendapat mengenai kerjaya ternak keli ini..sungguh aku pun akui sendiri..aku masih jugak dalam proses pembelajaran… ini adalah salah satu projek ternak keli yg mengunakan khidmt kanvas aku…
Jika ada yg berminat aku boleh syorkan harga yg terbaik mengikut budjet korang, tak dinafikan aku sendiri bermula secara kecil-kecilan…sbb nak cari modal bkn senang….tambahan aku bkn kerja makan gaji…. Jadi amacam?? Cantik tak hasil kerja ahli keluarga aku?? Jgn risau..jika dah buat projek kecik-kecilan..lepas tu tak der pasaran..boleh dirunding dgn aku balik utk jual kepada aku…tak der hal…


Sesungguhnya dlm kerja ternak keli ini..MODAL INSAN sesame kita amat penting…bkn aper…jika nak maju…tambahan..org melayu sesame kite…jgn pulak sesame melayu yg menghentam sesame sendiri…
Tak salah kalu kita sesame maju dan Berjaya….






okeh ler..berbalik pada cerita asal...ha..kat sebelah tu kolam yg dah di masukan ikan..dan juga dimasukkan air....okeh tak??? jika berkesempatan aku akan masukan lagi kerja-kerja aku yg berkaitan dengan kerja-kerja ternak keli....nih~ jadi...kalu pengunjung blog ini ada yg berminat sila ler...hubungi saya tanpa rasa segan dan malu tauuuu~















Tuesday, 10 February 2009

Kolam KeliKu Selepas 6 Month




Salam..

buat semua..pemilik-pemilik kolam keli..di malaysia..ewah~




ataupun yg baru berminat utk menjalankan pojek ternakan ini...membela ikan keli ini..sudah mula menarik minat saya...stelah 6 bulan bersamanya..walaupun dengan nyata..banyak rintangan dan cabaran yg terpaksa saya hadapi...

terutamanya..dari segi makan..wahhhh~ mmg byk keli-keli ini makan...jika sesiapa yg mempunyainya contact utk stock roti lama atau reject..sila le hubungi saya....




lihat saja keli-keli yg dijaga oleh saya..yg semakim membesar ini, mmg hati sedikit terhibur bler bijian makanan ditabur..maka melompat-lompat ler..ikan2 ini...






utk pengetahuan sedara dan sedari yang diluar sana..sekarang ini saya sudah pun menambah sebyk 4 kolan kanvas lagi di belakang teratak ibu saya...semuanya kerana inilah punca rezki selepas saya berhenti kerja di KL..bukan mudah pengorbanan ini...




inilah kolam kanvas yg baru ditambah oleh saya dan adik2 yang lain..atas bantuan mereka jugalah..sedikit kegusaran hati ini terubat,


mungkin saat ini saya masih mencari dimanakah bantuan kewangan yg dpt di perolehi oleh saya yg baru sahaja berhenti bekerja. dan tidak mempunyai gaji bulan..kerana sudah beberapa bank saya bertanya, semuanya mahukan jaminan yang tak mampu disediakan oleh saya pendatang baru dalam dunia ternakan aquatik ini...


sesekali..menjerit jgk batin lelaki aku nie..arghhhhhhhhhhh...dgn ikan2 yg semakin mahukan makanan yg banyak..masalah-masalah ternakan yang lain...namun semangat dan doa ibu...menyejukkan hatiku kembali...


sesekali aku dpt tempahan sdari org persendirian yg mahu memulakan projek ternakan ini.. insyallah akan aku sertakan gambar tapak projek ternakan yg di bina oleh aku dan faizal..di hantaran blog yg seterusnya,...jadi jika sesiapa yg berminat boleh le..menghubungi aku di talian yang tertera diatas...dan kepada mana2 pihak yg mempunyai contact utk makanan ikan yg murah silalah bantu..ya! modal insan anda amatlah saya hargai...


dan tak lupa juga..pada mana2 pihak yg tau cara termudah utk mendapatkan dana utk ternakan ini..kongsi ler info anda..buat saya..yg masih tercari-cari..ini..skian buat masa ini~


Sunday, 30 November 2008

InfoKeli Kerana JatuhCinta..??

JENIS-JENIS IKAN KELI
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati dan nama saintifik nya:-

1.Ikan Keli Kayu [ Clarias batracus ]
2.Ikan Keli Bunga [ Clarias macrocephalus ]
3.Ikan Keli Eksotika [ Clarias gariepinus ]
4.Ikan Keli Limbat [ Clarias nieuhofi ]

SeJarah iKan keLi :
1. IkaN KeLi KaYu , bunGa daN eKsoTika-tergolong dalam ikan air tawar

2. iKaN keLi LimBat-Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. IkanKeli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempatdi Asia Tenggara.-Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawahterbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diterokauntuk dijadikan kawasan pertanian.-Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan KeliLimbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai.Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli


CIRI-CIRI KEMATANGAN INDUK
Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut:

a. Induk Jantan
1)Badan memanjang tidak gemuk
2)'Genital Papila' kelihatan pejal
3)Tidak cacat
4)Berusia 4 bulan dan keatas
5)Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina
1)Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
2)'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
3)Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit
4)Berusia 6 bulan dan keatas
5)Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
6)Berat badan 600gm dan keatas

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KELI MENJADI LEMAH
Antara faktor adalah :
1)Kandungan oksigen terlarut yang rendah
2)Kandungan Amonia beracun yang tinggi
3)PH yang terlampau rendah (kemasaman yang tinggi)
PERKARA UMUM TENTANG KELI
Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah.
Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.
Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat.
Namun ikan keli terdapat banyak spesies. Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.
Spesies “channel catfish” yang banyak diternak di US
Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.
Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.