Tuesday 4 November 2008

Keli Oh Keli! Risiko Mu…MengujiKu…

Setelah nekad utk aku tinggalkan Kuala Lumpur, mungkin ader rezki yang ALLAH akan hadiahkan untuk aku..di kampong tercinta ‘KAMPUNG GAJAH, PERAK’ Sementara waktu aku seolah-olah hilang arah, Mana punca rezki ALLAH utk aku sebagai makhluknya yg lemah disaat kesunyian,

Berkad solat ibu dan dorongan serta kesabaranya membuatkan semangat ku yang kian luput..kembali terjalin antara,
deraian-deraian benang doa-NYA di setiap akhir solat..sokongan darah daging yang tak pernah putus membantuku dari segi kewangan, aku bersama keputusan mereka nekad! Aku ingin terokai dan jelajahi dunia KELI, tidak sedikit pun pengalaman yang terkumpul di jati diri aku dalam alam penternakan keli ini, namun semangatnya seolah-olah memanggil aku utk terjun ke “lubuknya”.

Buat permulaan hanya 2 konkrit dibina..betol2 dibelakang teratak ibu yang damai, mungkin itu lokasi yang senang utk aku agar tidak perlu berjauhan dengan mereka, disamping aku mampu memberikan penumpuan yang sepenuhnya pada kolam “PERCUBAAN” aku dan adik-beradik yang lain. Keperitan mula aku rasai pabila perigi yang aku gali utk punca air bagi keli tidak mau keluarkan haknya! Aduh…semangat ku tercarik sedikit, aku gagahi..walau paip yg berkaki2 ku beli untuk terokai jauh kedalam tanah masih belum mau memberikan haknya!

Selat! Alhamdullilah..ALLAH itu membantu insan lemah ini..hampir aku lupa, rumah ku berhampiran sungai perak~aku gagahi..sekali lagi aku laburkan wang dan tenaga utk mencari punca air yg sesuai utk benih keli, paip panjang direntang kebelakang teratak ibu hingga ke selat nun dibelakang sana….

Kejayaan sedikit utk 2 buah konkrit yng pertama membuat kan adik beradik lain turut berminat menjalankanya..KakYang+Man melabur utk kolam berisi 10,000 benih faizal+yati juga 10,000, namun faizal mencetuskan idea utk memudahkan keadaan dgn pembinaan kolam kanvas,

Pengalaman pertama bersama kanvas. Mencari PH air buat benih keli! Aduh..banyak yang tak mampu teruskan hidup didlm kanvas baru…jelas hampa diwajah adik2 bler tau pelaburan mereka sudah hilang separuh…aku yg paling gelisah sebagai penjaga kolam tetap dikampung, aku tabahkan hati..mencari masalahnya…mungkin suhu+PH air yang tidak sesuai..puncanya…
Adik2 yang tidak pernah putus harapan pelaburan benih keli ditambah lagi kedalam kanvas…dari 2 buah konkrit dan juga 2 buah kanvas menjadi kepada 4 konkrit dan 6 kanvas…pembahagian keli mengikut saiz dijalankan selepas 3 minggu, sekali lagi adik2 ku Mie+Syima membantu utk terjun kedalam kolam, alhamdullillah melihat anak2 keli yang membesar dan mengeletek di tapak tangan membuat hati aku sedikit terubat mengenangkan beribu-ribu benih yang mati!

Setiap adik2 ku mempunyai kolam yang tersendiri yang diusahakan bersama dan dipantau oleh aku! Jika penat jerih ini mendapat bantuan dan tunjuk ajar mana2 pihak badan kerajaan..tentu berbaloi..sesekali terlintas dibenak aku! Namun..sesekali terlintas kembali..aku akan terus berusaha utk punca rezkiku di kampong nan permai ini!

Tanggal 20 Oktober 2008!
Kesabaran aku diuji Oleh ALLAH…aku pasrah, hujan turun mencurah-curah sehingga pihak yang berkenaan terpaksa membuka empangan di sungai perak..teratak ibu dinaiki air..walaupun tidak lah sedalam mana namun kesan itu dirasai oleh BABY2 KELI yang berada didalam kanvas..air yang naik…menyebabkan kanvas terapung-apung hingga memeningkan BABY2 manja ni..sekali lagi beribu-ribu benih keli ini mati~ hampa! namun aku tetap usahakan jua…sehingga kini..keadaan semakin pulih. Melihat ikan keli yang membesar dihadapan mata. Dan hasil yang diusaha sendiri oleh tangan dan titik peluh sendiri bersama-sama keluargaKu.

KELI OH KELI! Risiko Mu MengujiKu…aku tekad terus usahakan jua..kepada pembaca-pembaca Blog ku diluar sana..jika berminat utk memulakan perniagaan seperti FAMILY aku, aku ader menyediakan Sebut harga BERPAKEJ utk sebuah kolam kanvas termasuk Benih+Makananya sekali, jika berminat utk merasai dunia keli ku ini sila hubungi saya ALIM ditalian 0175245998 /056311757 , atau datang lah melihat dan melawat sendiri ke teratak ibu ku di pulau gajah, kampong gajah, PeraK! sekian utk blog dunia keli aku kali ini…


No comments: