Sunday 30 November 2008

InfoKeli Kerana JatuhCinta..??

JENIS-JENIS IKAN KELI
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati dan nama saintifik nya:-

1.Ikan Keli Kayu [ Clarias batracus ]
2.Ikan Keli Bunga [ Clarias macrocephalus ]
3.Ikan Keli Eksotika [ Clarias gariepinus ]
4.Ikan Keli Limbat [ Clarias nieuhofi ]

SeJarah iKan keLi :
1. IkaN KeLi KaYu , bunGa daN eKsoTika-tergolong dalam ikan air tawar

2. iKaN keLi LimBat-Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. IkanKeli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempatdi Asia Tenggara.-Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawahterbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diterokauntuk dijadikan kawasan pertanian.-Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan KeliLimbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai.Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli


CIRI-CIRI KEMATANGAN INDUK
Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut:

a. Induk Jantan
1)Badan memanjang tidak gemuk
2)'Genital Papila' kelihatan pejal
3)Tidak cacat
4)Berusia 4 bulan dan keatas
5)Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina
1)Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
2)'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
3)Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit
4)Berusia 6 bulan dan keatas
5)Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
6)Berat badan 600gm dan keatas

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KELI MENJADI LEMAH
Antara faktor adalah :
1)Kandungan oksigen terlarut yang rendah
2)Kandungan Amonia beracun yang tinggi
3)PH yang terlampau rendah (kemasaman yang tinggi)
PERKARA UMUM TENTANG KELI
Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah.
Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.
Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat.
Namun ikan keli terdapat banyak spesies. Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.
Spesies “channel catfish” yang banyak diternak di US
Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.
Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.

No comments: