Friday 13 March 2009

PENGAWALAN PENYAKIT IKAN TERNAKAN & TERNAKAN


Pengawalan Penyakit

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahansuhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan danmenyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepatpanas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkandi dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikanakan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air didalam kolam.
ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahanpencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akanmenyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkankesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammoniaseterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan jugaturut mengalami tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitufitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklahdiberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupidan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akanmenyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilahmempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingansupaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam kekolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen

1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untukmengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.

2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapatmenanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawatdisimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikantidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini bolehmenyebabkan penyakit primier.

6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawatterlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyaipatogen yang akan menjangkiti anak ikan.

7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekuranganmakanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
PENTERNAKAN

Kebanyakan penternak lebih gemar membeli benih yang bersaiz 1 hingga 4 inci kerana benih yang telah berusia lebih 1 inci senang untuk di pelihara dan di beri makan.

Terdapat beberapa jenis kolam penternakan, di antaranya kolam tanah, kolam konkrit, kolam fiberglass(polytank), dan terbaru kolam kanvas yang semakin popular. Kolam2 ini terlebih dahulu di rawat sebelum memasukan benih2 ikan supaya ikan2 tersebut tidak dijangkiti penyakit dan kulat(fungus).

Ikan2 ini perlu di kelaskan mengikut saiz dari masa ke semasa untuk mengelak daripada di makan oleh ikan2 yang lebih besar.

Penjagaan air sangat penting bagi ternakan dalam sangkar seperti fiberglass, simen dan kanvas. Air perlulah sentiasa di jaga kebersihan dan pengaliran yang baik.

Ikan2 keli ini akan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 bulan untuk mencapai tahap kematangan untuk di pasarkan. Ikan2 yang matang boleh di jual dari 5 hingga 6 ekor sekilo.

2 comments:

Anonymous said...

nak tanya skit..kanvas yang dalam gambar tu sama ke dengan yang dijual kat kedai hardware/plastik atau untuk ternak ikan ada spesial punya...

nampak cam sama je...pink/biru

AlimShah said...

warna mmg sama bro..tp kualiti dia kena pilih ler sikit...yg sya punya..bkn ler teruk sgt..kualiti nya..bkn ler terbaik sgt kualiti nya..50-50