Friday 20 March 2009

Produk Berasaskan Keli!!

Salam Buat semua...sekadar nak berkongsi kepada penternak2 keli di Perak..Especially nyer...bkn aper...skang nie..ternak keli dah byk kelebihannya..sbb dah byk produk berasaskan ikan keli~ lihat saja di kelantan..mereka dah boleh TIN kan ikan keli..bestkaN?? oklah~..CUBE BACE CONTOH2 KERATAN YG AKU HACK DARI WEB DI INTERNET NIE :

Kelantan Bakal Tinkan Keli Seperti Sardin

TUMPAT, 29 Mac (Bernama) -- Kelantan akan menjadi pengeluar pertama ikan keli yang ditinkan seperti sardin apabila sekumpulan siswazah menghasilkan produk itu untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar, berkata sebuah kilang akan dibina di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, untuk menghasilkan produk ikan keli yang sama dengan sardin laut yang terdapat di pasaran sekarang."Saya telah cuba sardin ikan keli malam tadi dan rasanya hampir sama dengan sardin yang terdapat di pasaran sekarang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek ternakan ikan dalam sangkar di sini hari ini.Beliau juga berkata pengimport dari Perancis dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk membeli ikan tilapia dalam bentuk daging.Mengenai penternak ikan di Tumpat, beliau berkata Pemuda Umno Kelantan telah menjadikan projek ternak ikan dalam sangkar di Sungai Selehor sebagai projek angkat.Projek itu kini mempunyai 90 buah sangkar yang diusaha secara komersial oleh Alias Che Ismail dengan bantuan tiga pekerja tempatan."Baru-baru ini Jabatan Perikanan meluluskan peruntukan bagi membiayai pembinaan beberapa sangkar lagi kepada Alias di samping membina pelantar di situ," katanya.-- BERNAMA

2) Ekonomi
10 Disember, 2008 17:26 PM

Mutiara Arif Sasar UAE Pasarkan Produk Ikan KeliDUBAI, 10 Dis (Bernama) -- Mutiara Arif Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur menetapkan sasaran untuk memasarkan produk berasaskan ikan kelinya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara lain di rantau ini.Pengarah pemasaran antarabangsanya, Farid Ibrahim, berkata rantaian pasar raya di negara-negara Teluk ini unggul untuk diterokai, memandangkan ramainya penduduk dan pekerja asing."Produk ikan keli halal kami dijual pada harga berpatutan dan ini, saya rasa, akan mendapat sambutan di kalangan pekerja asing yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi di rantau ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.Mutiara Arif yang memiliki operasi pembiakan ikan keli di Alor Gajah, Melaka dan Putrajaya, mampu menghasilkan hingga 500 tan metrik ikan keli setiap dua bulan.Ia membekalkan produk seperti ikan keli dalam sos lada hitam, ikan keli masak asam pedas, serunding dan filet ikan keli, minyak ikan keli Omega-3, ikan keli sejuk beku serta ikan keli siap dimasak bersama nasi yang dibekalkan kepada tentera.Farid berkata pada masa ini produk Mutiara Arif dieksport ke China.-- BERNAMA

3) Serunding keli ke pasaran antarabangsa
Posted by RaTu KeLi Labels: Pasaran Ikan Keli
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR (dipetik dari Utusan Malaysia Online)
SEPANG 13 Julai - Serunding ikan keli bakal menembusi pasaran China dan Asia Barat menjelang September ini.
Pengurus Besar Delegasi Mutiara Sdn. Bhd., Mishar Minhat berkata, ia adalah langkah permulaan bagi Malaysia mempromosikan produk makanan tempatan ke pasaran antarabangsa.Selain itu kata beliau, sambal ikan keli dan ikan keli dalam tin juga akan turut dipasarkan ke negara-negara tersebut.
''Kami juga berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom,'' jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini hari ini.
Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).
Mishar berkata, pada masa ini pihaknya akan mensasarkan sebanyak 60 peratus penjualan produk untuk pasaran antarabangsa dan 40 peratus bagi pasaran tempatan.
''Pemasaran keli ini masih lagi berada dalam peringkat percubaan, namun kita yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
''Kami yakin produk tersebut memiliki pasaran yang cerah kerana penduduk dunia hari ini semakin menggemari ikan air tawar berbanding ikan laut,'' ujarnya.
Beliau berkata, Delegasi Mutiara akan menggunakan jenama Rawbite sebagai identiti produk-produk tersebut.
''Rawbite sudah didaftarkan sebagai sebuah jenama rasmi untuk produk syarikat kami,'' ujarnya.Dalam pada itu beliau memberitahu, syarikat juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka kilang penghasilan makanan untuk haiwan ternakan di Terengganu.
''Kilang sedang dalam proses pemasangan mesin dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,'' katanya.
Tambahnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat membantu golongan petani dan penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka.

MY COMMENT: kan bagus kalu perak jgk dpr pkirkan produk drp keli jgk~ dptlah kita sesama keuntungan nya kan???

No comments: